Isnin, 28 September 2009, Sesi persekolahan bermula setelah dua minggu bercuti sempena hari raya dikejutkan dengan sedikit kerosakan pada bangunan sekolah akibat ribut yang kuat melanda pada malamnya.
Bangunan pra-sekolah mengalami kerosakan agak ketara. Atap bangunan tersebut sedikit terbuka akibat hentakan angin yang kuat mengakibatkan kebocoran yang turut merosakkan sebuah televisyen yang diakibatkan oleh air hujan.
Rumah guru yang dalam proses pembinaan juga turut mengalami sedikit kerosakan pada atap. Beberapa keping atap kelihatan terkopak dari kedudukan asal.
Walaubagaimanapun, sesi persekolahan tetap berjalan seperti biasa. Hanya pra-sekolah sahaja yang terpaksa memindahkan pelajarnya ke bilik audio.
Tajuk : SEKOLAHKU
Sekolahku Indah Nan Permai,
Engkaulah Tempatku Menimba Ilmu,
Agarku Menjadi Insan Yang Berguna,
Demi Untuk Bangsa dan Negara,