Followers

About this blog

NURULHAFIZAH AWANG MORE
(FASILITATOR SCHOOLNET 09/10)
SK PEKAN MEMBAKUT



Hubungi Kami

Sk Pekan Membakut,
Peti Surat 03,
89727 Membakut,Sabah.

No. Telefon /fax:
087-887511

MENGENAI KAMI

Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut terletak di Pekan Membakut.Sekolah ini dibina di dalam kawasan yang luasnya lebih kurang dua setengah ekar.

SENARAI GURU BESAR(1961 -2010)

1. En. Mohd Yusof Matsari 1962-1962
2. En. Zami bin Mandai 1963-1963
3. En. Mohd Yusof Matsari 1964-1966
4. En. Yusof Ag. Sulaiman 1967-1969
5. En. Ahmad Bin Safar 1970-1972
6. En. Abd Salam Ahmad 1972-1973
7. En. Abdullah Hassan 1974-1974
8. En. P. Limmy Salangang 1975-1975
9. En. Suhaili Kadir 1975-1978
10. En. Talib Hj. Ag. Kiah 1979- 1980
11. En. Mohd Diris Hj. Manggung 1981-1982
12. En. Mohd Yassin Hj. Ag. Piut 1982-1985
13. En. Mohd Yaakob Ibrahim 1986-1987
14. En. Jaikol Akang 1988-1991
15. En. Mursidi Abd. Latif 1991-2005
16. En. Mad Zin b. Mohidi 2005-2007
17. Mohamad Patra 2007-Sekarang

GURU BERTUGAS

FEBRUARI

MINGGU PERTAMA
(1 FEBRUARI -5 FEBRUARI 2010)

1)ENCIK DAVID DAYA
2)PUAN ZARINA MIN

PROFILE SEKOLAH

MASA

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    CARIAN LAMAN

    PINGAT SKPM

    Posted by skpekanmembakut Isnin, 15 Mac 2010 0 comments

    KEJAYAAN SKPM SEPANJANG SEMESTER PERTAMA

    Baru- baru ini SKPM terus mencipta nama di persada zon Membakut dengan kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai aktiviti. SKPM telah mendapat tempat ke- 2 dalam sukan zon Membakut anjuran SKPM sendiri yang bertempat di SK Saga-Saga.

    Seterusnya SKPM melakar kejayaan di pertandingan MTQ peringkat zon yang dianjurkan di SK Binsuluk. SKPM mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini, manakala peserta tilawah wakil SKPM mendapat tempat ke dua.
    Penyertaan SKPM dalam pertandingan perarakan Maulidur Rasul juga telah meletakkan SKPM di tempat kedua.

    Dan kejayaan dilakar lagi dalam pertandingan sajak dan pertunjukkan fesyen di Mini Dewan Anjung Bestari KG. Brunei Ulu Kimanis sempena majlisProgram Juara Rakyat.

    Semoga tradisi kejayaan ini dapat diteruskan sepanjang tahun oleh SKPM. Sokongan yang padu daripada pihak pentadbir dan guru-guru serta ahli kakitangan sekolah telah menjadikan SKPM sebuah sekolah yang harum namanya di sekitar Membakut, Beufort bahkan Insya Allah seluruh neger Sabah pada suatu hari nanti.

    PENDAFTARAN PELAJAR

    Posted by skpekanmembakut Isnin, 8 Mac 2010 0 comments



    PENGUMUMAN:
    PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN SATU DAN PRA SEKOLAH

    Pendaftaran murid tahun 1 dan prasekolah tahun 2011

    bermula sekarang hingga 31 March 2010...

    Sila daftar sekiranya anda mempunyai anak yang lahir pada tahun 2004 dan 2005.......

    Rawatan Kesihatan

    Posted by skpekanmembakut Rabu, 24 Februari 2010 0 comments

    Pada 23hb.02.2010...Para jururawat dari "Klinik Kesihatan Pekan Membakut" telah datang ke sekolah untuk memberi suntikan rawatan bagi para pelajar Tahun 1.Pelbagai ragam para pelajar Tahun 1 yang menerima rawatan ini.
    Sekian.

    Minggu Sukan

    Posted by skpekanmembakut 0 comments

    Sk Pekan Membakut menjadi tuan rumah bagi Acara Sukan Zon Membakut yang telah dijalankan di padang SK Saga-saga.
    Acara berlangsung pada tarikh 23 dan 24.02.2010.
    Tahniah diucapkan..


    Keputusan :
    1)SK TAMALANG
    2)SK PEKAN MEMBAKUT

    PIAGAM PELANGGAN SKPM

    Posted by skpekanmembakut Selasa, 2 Februari 2010 0 comments

    i) Murid/Pelajar

    *Memberi pendidikan yang terbaik dan menyeluruh mengikut kehendak KPM dan FPK
    *Melaksanakan pengajaran, pembelajaran dan pernilaian secara berkesan mengikut standard kualiti yang ditetapkan oleh KPM dan panitia matapelajaran sekolah
    *Mewujudkan suasana pembelajaran yang konduksif, harmoni , kasih sayang dan mesra kepada semua murid/pelajar.
    *Memastikan kebajikan dan keselamatan murid dittitikberatkan pada setiap masa
    *Melaksanakan kegiatan Ko-Kurikulum secara berkesan sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan melalui aktiviti yang dirancangkan.
    *Memastikan murid/pelajar yang berbakat diberikan bimbingan dan galakan sepenuhnya sehingga mencapai peringkat tertinggi dalam bidang Kokurikulum.

    ii) Ibubapa dan Penjaga

    *Memberi maklum balas sewajarnya terhadap semua urusan pelanggan dengan kadar segera.
    *Memastikan ibu bapa dan penjaga yang berurusan di kaunter mendapat layanan mesra dan dapat diselesaikan dalam masa 15 minit.

    iii) Stakeholders

    *Memastikan setiap arahan dan permohonan dari PPD, JPN dan KPM mendapat maklum balas dalam tempoh 3 hari.

    iv) Guru dan Anggota Khidmat Sokongan

    *Memastikan setiap guru dan anggota khidmat sokongan dilayan secara adil dan saksama.
    *Mematuhi segala arahan dan dasar yang telah ditetapkan.

    PIBG

    Posted by skpekanmembakut 0 comments

    J-QAF

    Posted by skpekanmembakut 0 comments

    Ruangan Pelajar

    Posted by skpekanmembakut 1 comments

    HUBUNGI KAMI

    Posted by skpekanmembakut 0 comments

    Alamat Sekolah :
    Sk Pekan Membakut,

    Peti Surat 03,

    89727 Membakut,Sabah.



    No. Telefon /fax:

    087-887511

    PENTADBIRAN

    Posted by skpekanmembakut 0 comments

    Gambar Sekolah

    Posted by skpekanmembakut Isnin, 1 Februari 2010 0 comments

    TAKWIM SEKOLAH

    Posted by skpekanmembakut 0 comments

    JANUARI

    Tarikh Hari Aktiviti
    01.01.2010 Jumaat Tahun Baru
    02.01.2010 Sabtu Pendaftaran Sesi Persekolahan 2010
    03.01.2010 Ahad
    04.01.2010 Isnin Sesi Persekolahan Tahun 2010 Bermula Perhimpunan Sekolah , Morning Prayer
    dan Minggu Transisi Tahun 1
    05.01.2010 Selasa Minggu Transisi Tahun 1
    06.01.2010 Rabu Minggu Transisi Tahun 1
    07.01.2010 Khamis Minggu Transisi Tahun 1
    08.01.2010 Jumaat Minggu Transisi Tahun 1 & Mesyuarat Kurikulum
    09.01.2010 Sabtu
    10.01.2010 Ahad
    11.01.2010 Isnin Perhimpunan Sekolah , Morning Prayer dan Perkembangan Staf
    12.01.2010 Selasa
    13.01.2010 Rabu Mesyuarat PPSMI
    14.01.2010 Khamis
    15.01.2010 Jumaat Mesyuarat Ko-Kurikulum
    16.01.2010 Sabtu
    17.01.2010 Ahad
    18.01.2010 Isnin Perhimpunan Sekolah ,Morning Prayer dan Penutupan Minggu Transisi Thn 1
    19.01.2010 Selasa Mesyuarat Panitia
    20.01.2010 Rabu Mesyuarat Panitia
    21.02.2010 Khamis Mesyuarat Panitia
    22.01.2010 Jumaat Mesyuarat Panitia
    23.01.2010 Sabtu
    24.01.2010 Ahad
    25.01.2010 Isnin Perhimpunan Sekolah , Morning Prayer
    26.01.2010 Selasa
    27.01.2010 Rabu Mesyuarat Khas Program Permuafakatan Bersama Ibu Bapa Murid Tahun 6
    28.01.2010 Khamis Ujian Bulanan
    29.01.2010 Jumaat Ujian Bulanan
    30.01.2010 Sabtu
    31.01.2010 Ahad


    FEBRUARI


    Tarikh Hari Aktiviti
    01.02.2010 Isnin Perhimpunan Sekolah, Morning Prayer
    02.02.2010 Selasa Mesyuarat Khas Program Meningkatkan Kelas Pemulihan, Kelas KIA2M & Kelas
    Protim
    03.02.2010 Rabu Kegiatan Ko-Kurikulum & Kelas Tambahan UPSR
    04.02.2010 Khamis Kelas Tambahan UPSR
    05.02.2010 Jumaat Mesyuarat HEM
    06.02.2010 Sabtu
    07.02.2010 Ahad
    08.02.2010 Isnin Perhimpunan Sekolah, Morning Prayer
    09.02.2010 Selasa Kelas Tambahan UPSR
    10.02.2010 Rabu Kegiatan Ko-Kurikulum & Kelas Tambahan UPSR
    11.02.2010 Khamis Kelas Tambahan UPSR
    12.02.2010 Jumaat Program Permuafakatan Bersama Ibu Bapa Murid Tahun Enam
    13.02.2010 Sabtu
    14.02.2010 Ahad Tahun Baru Cina
    15.02.2010 Isnin Tahun Baru Cina
    16.02.2010 Selasa Kelas Tambahan UPSR
    17.02.2010 Rabu Kegiatan Ko-Kurikulum & Kelas Tambahan UPSR
    18.02.2010 Khamis Kelas Tambahan UPSR
    19.02.2010 Jumaat Mesyuarat Kewangan
    20.02.2010 Sabtu
    21.02.2010 Ahad
    22.02.2010 Isnin Perhimpunan Sekolah, Morning Prayer
    23.02.2010 Selasa Kelas Tambahan UPSR
    24.02.2010 Rabu Kegiatan Ko-Kurikulum & Kelas Tambahan UPSR
    25.02.2010 Khamis Cuti Peristiwa (Permohonan*)
    26.02.2010 Jumaat Maulidur Rasul
    27.02.2010 Sabtu
    28.02.2010 Ahad


    MAC


    Tarikh Hari Aktiviti
    01.03.2010 Isnin Perhimpunan Sekolah (Aktiviti Panitia B.Melayu), Morning Prayer
    02.03.2010 Selasa Kelas Tambahan UPSR
    03.03.2010 Rabu Kegiatan Ko-Kurikulum & Kelas Tambahan UPSR
    04.03.2010 Khamis Kelas Tambahan UPSR
    05.03.2010 Jumaat Mesyuarat Staf
    06.03.2010 Sabtu
    07.03.2010 Ahad
    08.03.2010 Isnin Perhimpunan Sekolah (Aktiviti Panitia B. Inggeris), Morning Prayer
    09.03.2010 Selasa Kelas Tambahan UPSR
    10.03.2010 Rabu Kegiatan Ko-Kurikulum & Kelas Tambahan UPSR
    11.03.2010 Khamis Kelas Tambahan UPSR
    12.03.2010 Jumaat Mesyuarat Khas Program Menjana Minda /Motivasi Pelajar UPSR (Bersama AJK
    PIBG)
    13.03.2010 Sabtu Mula Cuti Pertengahan Semester 1
    14.03.2010 Ahad
    15.03.2010 Isnin Kelas Tambahan UPSR
    16.03.2010 Selasa Kelas Tambahan UPSR
    17.03.2010 Rabu Kelas Tambahan UPSR
    18.03.2010 Khamis Kelas Tambahan UPSR
    19.03.2010 Jumaat
    20.03.2010 Sabtu
    21.03.2010 Ahad Akhir Cuti Pertengahan Semester 1
    22.03.2010 Isnin Perhimpunan Sekolah (Aktiviti Panitia Matematik), Morning Prayer
    23.03.2010 Selasa Kelas Tambahan UPSR
    24.03.2010 Rabu Kegiatan Ko-Kurikulum & Kelas Tambahan UPSR
    25.03.2010 Khamis Kelas Tambahan UPSR
    26.03.2010 Jumaat
    27.03.2010 Sabtu Program Menjana Minda /Motivasi Pelajar UPSR (Bersama AJK PIBG)
    28.03.2010 Ahad
    29.03.2010 Isnin Perhimpunan Sekolah (Aktiviti Panitia Sains), Morning Prayer
    30.03.2010 Selasa Kelas Tambahan UPSR
    31.03.2010 Rabu Kegiatan Ko-Kurikulum & Kelas Tambahan UPSR

    Perutusan Guru Besar

    Posted by skpekanmembakut 0 comments

    Pra Sekolah

    Posted by skpekanmembakut 0 comments

    Lokasi Sekolah

    Posted by skpekanmembakut 0 comments

    Lencana Sekolah

    Posted by skpekanmembakut 0 comments





    BIRU – Melambangkan keharmonian serta kesuburan otak mental
    KUNING - Melambangkan cirri utama Negara iaitu membawa makna kedaulatan kepada
    Raja dan Negara , kesetiaan kepada pemimpin , ketua , guru dan tanah air.
    MERAH – Melambangkan keberanian dan ketegasan menghadapi cabaran
    HIJAU – Melambangkan kawasan sekolah yang selesa dan mesra alam boleh membantu
    kesuburan minda.
    SULUH – Melambangkan profesyen perguruan yang sentiasa berkorban untuk memberi
    Ilmu pengetahuan kepada pelajar dan masyarakat.
    RODA- Melambangkan Kemajuan Sains dan Teknologi
    BUKU DAN PENA- Melambangkan ilmu pengetahuan , kesungguhan dan kematangan akal fikiran

    VISI dan MISI SEKOLAH

    Posted by skpekanmembakut 0 comments

    VISI

    Berusaha untuk memberikan pendidikan kepada semua murid melalui sistem pendidikan berkualiti bagi Melahirkan murid yang Cemerlang dalam semua bidang sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    MISI

    Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut menjadi sekolah Cemerlang semua bidang di Daearah menjelang 2012

    CARTA ORGANISASI KURIKULUM 2010/2011

    Posted by skpekanmembakut Ahad, 31 Januari 2010 0 comments

    Program semasa cuti persekolahan

    Posted by skpekanmembakut Rabu, 6 Januari 2010 0 comments






    Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera warga SKPM..

    Semasa cuti persekolahan akhir tahun 2009, Fs telahpun membuat program bersama para murid yang telahpun menyertai program ict .Beberapa orang murid yang hadir telah diajar mengenai microsoft words dan asas membuat emel serta cara-cara menjadi blogger.

    Program yang berlangsung selama 3 minggu telah memberi pendedahan awal mengenai ict dikalangan tahun 4 sehingga tahun 6.Mereka telahpun diberi jadual sebelum bermulanya cuti akhir tahun.Antara para murid yang menyertai program dapat dilihat dalam gambar-gambar di bawah:










    SELAMAT KEMBALI KE PERSEKOLAHAN

    Posted by skpekanmembakut 0 comments

    Salam dan selamat sejahtera kepada semua warga SKPM..

    Selamat Tahun Baru 2010..


    Minggu pertama persekolahan sesi 2010 telahpun bermula pada 4hb januari 2010(isnin).
    Selamat datang ke sekolah kepada semua murid-murid tahun 1 dan pra sekolah yang baru mendaftar.Sekolah juga telahpun menerima 2 orang guru yang baru berpindah ke daerah membakut.Diharap dengan adanya guru baru,lebih menyemarakkan lagi semangat mengajar dikalangan guru-guru dan meningkat prestasi para murid.


    Sekian, Terima Kasih.

    Sejarah Sekolah SKPM

    Posted by skpekanmembakut Jumaat, 1 Januari 2010 0 comments

    Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut terletak berhampiran dengan Pekan Membakut. Sekolah ini dibina di dalam kawasan yang luasnya lebih kurang dua setengah ekar. Sekolah ini ditubuhkan pada 01.09.1962 oleh Councilor Pekan Membakut Encik Tay Ting Siong @ Tay Guan Sing. Bangunan asalnya hanyalah merupakan sebuah gedung atau gudang padi yang tidak digunakan lagi. Pada awalnya sekolah ini dikenali dengan nama N.V.S Pekan Membakut (Native Voluntary School). Sekolah ini sebenarnya bukanlah sebuah sekolah kerajaan pada masa itu, tetapi adalah merupakan atas kesedaran terhadap kepentingan pelajaran masyarakat di pekan ini.


    Setelah tertubuhnya sekolah ini beliau berusaha meminta pihak Kerajaan membina bangunan baru , tetapi malangnya Kerajaan pada masa itu tidak dapat memenuhi kehendak beliau.Memandangkan mereka belum mendapat bantuan dari pihak Kerajaan, maka sebuah gedung atau gudang padi telah menjadi perhatian. Beliau dan penduduk sekitar telah sepakat untuk menjadikan gudang tersebut sebagai tapak permulaan bagi membolehkan kanak-kanak menerima pendidikan. Dari sini maka bermulalah proses pendidikan di sekolah tersebut.
    Tenaga pengajar pada masa itu hanyalah seorang guru tempatan iaitu Encik Mohd. Yusof Matsari yang juga merupakan guru besar pertama sekolah tersebut. Beliau dilahirkan pada 09.07.1938 di Kampung Pimping, Membakut dan mendapat pendidikan awalnya di Daerah Membakut.


    Pada ketika itu pendidikan dimulakan dari peringkat darjah satu (Tahun Satu) dengan kadar sebuah bilik darjah yang mengandungi 51 murid yang terdiri dari murid lelaki dan murid perempuan.Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada murid-murid yang tinggal dari kawasan berhampiran dan juga dari kampung-kampung yang jauh dari Pekan Membakut.
    Pengaruh pendidikan pada masa itu benar-benar membuka mata masyarakat khasnya ibu bapa. Pada tahun berikutnya (1963) bilangan murid yang berdaftar semakin bertambah dari 51 orang meningkat ke angka 71 orang. Walaupun tenaga pengajarnya hanyalah seorang sahaja, beliau terpaksa bertungkus- lumus untuk mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Memandangkan tugas yang disandang oleh beliau ketika itu terlalu berat ,kerajaan telah menghantar seorang lagi guru iaitu Encik Ghani Muntaha bagi membantu meringankan beban tugas beliau. Pada tahun itu juga bilik darjah telah di bahagi dua bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sempurna.


    Matapelajaran pada masa itu terdiri dari mata pelajaran Kira-Kira (Matematik), Lukisan (Pendidikan Seni), Senaman (Pendidikan Jasmani) dan Bahasa (Bahasa Melayu). Sistem pendidikan pada masa itu jauh berbeza dari sistem pendidikan sekarang. Kelas bermula pada pukul 7.45 pagi dan berakhir pada pukul 12.25 tengah hari. Pada 01.03.1965, sekolah ini telah di tular kepada G.P.S Pekan Membakut (Government Primary School) dan akhirnya dikenali sebagai nama S.K Pekan Membakut sehingga kle hari ini.


    Beberapa tahun selepas penubuhan sekolah ini, Kerajaan telah membina bangunan baru bagi menggantikan gedung atau gudang padi yang telah usang itu. Di samping bangunan sekolah Kerajaan juga telah membina empat buah rumah guru bagi menampung guru-guru yang bertugas di sekolah ini. Bangunan ini diperbuat daripada papan berlantaikan semen dan beratapkan zink.


    Sungguhpun keadaan bangunan sekolah Rendah Pekan Membakut ini sederhana besarnya, namun pada sekitar 70-an, sekolah ini digunakan sebagai sekolah menengah sebelum terbangunnnya sekolah menengah yang baru. Pelajar menengah pada ketika itu menggunakan bangunan tersebut pada sebelah petang (sidang petang).


    Selepas itu, sekali lagi sekolah ini mendapat perhatian, kali ini Pejabat Pendidikan Daerah Membakut telah memilih satu bangunan sekolah yang tidak digunakan sebagai Pejabat Pendidikan Daerah Membakut . Peristiwa itu berlaku dalam sekitar tahun 80-an dan kini Pejabat Pendidikan Daerah Membakut telah mempunyai bangunannya sendiri.


    Kini peredaran zaman telah banyak merubah dan mempengaruhi fikiran masyarakat. Pendidikan merupakan pilihan utama untuk maju dan mencapai taraf hidup yang tinggi. Penduduk di persekitaran pekan dan juga kampung-kampung yang berdekatan berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Semangat kesedaran mereka benar-benar membanggakan pihak sekolah. Kini kadar bilangan murid semakin bertambah selaras dengan bertambahnya bilangan penduduk asal tetapi juga yang datang bekerja dan berniaga dke pekan ini


    Sekolah ini telah nenyediakan sebuah bangunan untuk pentadbiran dan bilik guru, sebuah Bilik Pusat Sumber (PSS), Bilik Pandang Dengar (APD), Bilik SPBT, Bilik Bimbingan, Bilik ETEMS, Makmal Sains Makmal Komputer dan Kantin Sekolah. Bilangan kelas telah bertambah menjadi 13 kelas termasuklah kelas Pra-sekolah. Ini dapat menampung pertambahan bilangan murid setiap tahun.


    Sekolah ini mendapat perhatian dari pihak kerajaan dengan menghantar bilangan guru j-QAF yang ramai , seorang juruteknik komputer dan fasilitator schoolnet untuk pembangunan ICT berbanding dengan sekolah berhampiran Pekan Membakut. Pada awal tahun 2009 sekolah ini mendapat bangunan kabin dari pihak Kerajaan dan jalan masuk ke sekolah mula di turap pada hujung tahun 2009. Dengan di bantu tenaga pengajar dan kakitangan sokongan, sekolah ini cemerlang dalam bidang akademik dan sukan setiap tahun.


    Sekolah yang pada masa dahulunya asalnya dari gudang padi, kini mempunyai bangunan baru yang selesa di samping kemudahan-kemudahan bahan dan peralatan yang terkini untuk kegunaan semua warga Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut.